








i love balok,kuatan..






TARIAN APA NI?(SALIMAH AND DAVID)






PLAT PC,TANDATANGAN SEBAGAI KENANGAN
SHUE...KAKASIH NASH 24 april..08
mungkin ni gathering terakhir budak BKP...walaupun dah convert BKC *BACHELOR OF CHEMICAL ENGINEERING...TAPI ,,..aku tetap suka gelar BKP..sebab BKP adalah imej sebenar kelas kami...
ERM..,
mulanya aku tak tau yang hari semalah kami akan buat majlis perpisahan...setelah selama 4 tahun dok satu kuliah yang sama.
Majilis ini diadakan di PANTAI BALOK di resort kepunyaan ayah Ain Kalau tak silap.
Aku pergi bersama shangkar,david,dan kimi...juru pemandu kereta kancil kami si Shangkarlah ..memandankan Kimi takut nak drive area Kuantan ni.
Petang tu pulak kebetulan aku suruh pihak pengurusan KK2..(kolej kediaman ke2) untuk membaik pulih tombol pintu ku yang rosak memandangkan sudah hujung semester,aku risau kalau-kalau ada orang menceroboh...lagi masuk ke bilik ku..
Kami drive sampai kuantan..,dan singgah sebentar di KEDAI jual cenderamata sebab khabarnya malam ni ...ada pertukaran hadiah..so aku belilah hadiah..aku beli yang murah dan simple jer pasal aku tak bersedia lagi pun bajet aku memang kurang lah sangat.
So agak lewat jugak kami sampai pantai Balok...memang aku sangat rindu pada pantai Balok ni selepas sekali pernah pergi iaitu masa kami mengadakan jamuan bersama PA (PENASIHAT AKADEMIK)
di SANA ..member sudah pun bertempiaran di padang ,bermain bola..namun aku tetap dengan caraku..TAPI .tidak bermaksud aku memang suka mengasingkan diri cuma aku malas sikit hari tu hehehee
Cuaca agak kurang mengizikan kerana hujan agak lebat juga selepas kami puas bermain di pantai.Peluang untuk berenang dan mandi di pantai balok tidak aku sia-siakan..memang seronok sekali sekala dapat mandi pantai..aku kimi dan nash (kekasih syue).Kami mandi juga walaupun hujan turun dengan lebatnya,.
Bila hari bertambah gelap,acara malam pun bermula .Bermula dengan panggang,BBQ kata orang.Memang makanan malam tu sangat sedap,Terima kasihlah kepada saudara Hakim KERANA sponser untuk saya pada jamuan malam tu.Antara hidangan malam tu,kerang laut,ikan panggang,ayam panggang,hot dog panggang,nasi goreng kampung (sedap giler),
Memang akan ku kenangkan selamanya malam tu,kerana aku tak pernah rasa seronok seperti ini...malah kesedihan mula terasa dalam jiwaku...kerana selepas ini aku akan membuka lembaran baru di dunia pekerjaan,dan bermulalah episod sebenar aku dan iera...sejauh mana hubungan kami disitu lah akan mendapat jawapannya.
Akhirnya majlis ini diakhiri dengan pertukaran hadia...
sungguh best malam tu sebab,dapat tukar hadiah,kebetulan aku bertukar hadia pada orang yang sama,iaitu aku bagi pada shue,shue pun cabut dapat nama aku..huhuu..JANGAN MARE YER NASH.
Begitu juga si DAVID...huhuhu dia dapat tukar hadia dengan salimah..@SALLY HUHUHU..
erm...aku target OPAH hehehe tengok-tengok kimi pula yang dapat hehehee...
Apapun terima kasih pada semua.,sepanjang 4 tahun aku kat sini aku rasa seronok kerana aku tidak pernah rasa tersisih..
APAPUN SEKALI LAGI TERIMA KASIH KAT HAKIM,BEKAS ROOMATE AKU KERANA DIA TELAH MEMBOLEH KAN AKU HADIR PADA MALAM ITU.
kepada rakan-rakan seperjuangan ku,kepada yang pernah jadi group present dengan ku,pernah satu kumpulan buat lab report,rakan kerja plant design chlorine...aku mintak maaf yer sebab selalu buat masalah dalam group..apapun aku telah berusaha itulah yang aku mampu buat untuk kalian...
Kata teakhir...sayang kalian semua...sayang BKP...MWAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
GOD BLESS US,AMEN.