Sebut sahaja Tamparuli kita akan teringat Jambatan Tamparuli hehe. Sebenarnya bulan lalu pada 9-03-2011 saya telah pergi ke Tamparuli untuk berjumpa dengan adik angkat saya yang berasal dari sana tapi menetap di Kuala Penyu sebenarnya. Ermm agak lama juga tidak berjumpa selepas Pesta Rumbia tahun lalu.
Perjalanan saya memang memenatkan tapi orang bilang kepuasan memandu tu yang mahal hehe..^_^. Dipendekkan cerita saya memulakan perjalana saya dari sipitang seawal jam 5 setengah pagi kerana saya terpaksa pulang pada hari itu juga tambahan pula sebelah petangnya saya akan mengikuti ibadat saat teduh di Gereja St. Yohanes Pembaptis ,Sipitang.

Saya berhenti seketika di Beauford untuk sarapan pagi. Suasana di Beauford masi lagi lenggang. Siap sahaja sarapan saya meneruskan perjalanan terus ke Tamparuli. Pada sekitar jam 0950 pagi akhirnya saya sampai ke Jambatan Tamparuli namun sebelum itu saya terpaksa bersesak menghadapi suasana Pasar Tamu Tamparuli yang begitu sesak dengan para pengunjung dan penjual.
Saya merentasi jambatan sungai di Tamparuli di mana di atasnya kita akan melihat kemegahan Jambatan Gantung Tamparuli yang masi kukuh biarpun sudah berusia begitu tua. Saya menghentikan kereta saya di seberang Pekan Tamparuli sementara menanti adik angkat saya yang masi dalam perjalanan dari Kiulu. Kiulu merupakan daerah pedalaman dan perjalana ke sana mengambil masa lebih setengah jam.

Sambil merehat kan diri saya sempat melihat suasana tamu dari seberang dan ketika itu juga kelihatan 2 orang mungkin guru atau pensyarah sedang sibuk mengambil foto permandangan Tamparuli mengunakan kamera DSLR mereka yang begitu canggih hehe.
Untuk pengetahuan pembaca;
sebenarnya kita boleh melihat puncak Gunung Kinabalu dari pekan Tamparuli. Sungai Tamparuli airnya tidaklah begitu deras tetapi sekiranya musim banjir saya percaya jambatan yang biasa orang lalui itu tidak akan dapat diredah sekiranya paras air sungai mula meningkat.

Setelah agak lama menunggu, akhirnya adik angkat saya sampai di mana kebetulan masa itu saya sudah pun berjalan-jalan di atas jambatan Tamparuli sambil mengambil foto-foto permandangan. Perjalan kami diteruskan ke Pasar Tamu Tamparuli di sana bermacam yang boleh saya nampak dijual dan yang paling mengagumkan saya ialah bundle yang dijual sana agak berkualiti kain nya berbanding dengan yang dijual di Tamu Sipitang. Terdapat jugal binatang peliharaan dijual di sini dan akhirnya saya mengambil kesempatan untuk membeli 2 ekor hamster comel dengan harga RM8 seekor dan termasuk sangkar dan biji kuaci.
Setelah puas berkunjung ke Tamu Tamparuli, kami meneruskan kunjungan ke Taman Buaya Tuaran dan ini merupakan kali ke-2 saya ke sana sebelum ini saya hanya pergi berseorangan. Memandangkan adik angkat saya belum lagi ke sana maka saya bawa di ke sana untuk melihat dengan lebih dekat lagi species reptile ini.



Setelah puas berjalan saya menghantar adik saya terus pulang ke Kiulu dan saya kemudian meneruskan perjalan pulang ke Sipitang. Sekian coretan untuk kali ini ^_^
Perjalanan saya memang memenatkan tapi orang bilang kepuasan memandu tu yang mahal hehe..^_^. Dipendekkan cerita saya memulakan perjalana saya dari sipitang seawal jam 5 setengah pagi kerana saya terpaksa pulang pada hari itu juga tambahan pula sebelah petangnya saya akan mengikuti ibadat saat teduh di Gereja St. Yohanes Pembaptis ,Sipitang.
Saya merentasi jambatan sungai di Tamparuli di mana di atasnya kita akan melihat kemegahan Jambatan Gantung Tamparuli yang masi kukuh biarpun sudah berusia begitu tua. Saya menghentikan kereta saya di seberang Pekan Tamparuli sementara menanti adik angkat saya yang masi dalam perjalanan dari Kiulu. Kiulu merupakan daerah pedalaman dan perjalana ke sana mengambil masa lebih setengah jam.
Sambil merehat kan diri saya sempat melihat suasana tamu dari seberang dan ketika itu juga kelihatan 2 orang mungkin guru atau pensyarah sedang sibuk mengambil foto permandangan Tamparuli mengunakan kamera DSLR mereka yang begitu canggih hehe.
Untuk pengetahuan pembaca;
sebenarnya kita boleh melihat puncak Gunung Kinabalu dari pekan Tamparuli. Sungai Tamparuli airnya tidaklah begitu deras tetapi sekiranya musim banjir saya percaya jambatan yang biasa orang lalui itu tidak akan dapat diredah sekiranya paras air sungai mula meningkat.
Setelah agak lama menunggu, akhirnya adik angkat saya sampai di mana kebetulan masa itu saya sudah pun berjalan-jalan di atas jambatan Tamparuli sambil mengambil foto-foto permandangan. Perjalan kami diteruskan ke Pasar Tamu Tamparuli di sana bermacam yang boleh saya nampak dijual dan yang paling mengagumkan saya ialah bundle yang dijual sana agak berkualiti kain nya berbanding dengan yang dijual di Tamu Sipitang. Terdapat jugal binatang peliharaan dijual di sini dan akhirnya saya mengambil kesempatan untuk membeli 2 ekor hamster comel dengan harga RM8 seekor dan termasuk sangkar dan biji kuaci.
Setelah puas berkunjung ke Tamu Tamparuli, kami meneruskan kunjungan ke Taman Buaya Tuaran dan ini merupakan kali ke-2 saya ke sana sebelum ini saya hanya pergi berseorangan. Memandangkan adik angkat saya belum lagi ke sana maka saya bawa di ke sana untuk melihat dengan lebih dekat lagi species reptile ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar