









shallome,
apa khabar blogger sekalian...diharapkan kalian sehat dalam menjadi penulis blog yang aktif. Kesibukan kilang menyebabkan blog saya ni terumbang ambing sekejap timbul sekejap tenggelam. Namun kelapangan ini saya cuba coretkan pengalaman saya ketika berkunjung ke Kampung Penampang Baru, Ulu Kimanis Papar.
Saya kesana pada November 7 tanggal hari Isnin. Tujuan saya ke sana adalah untuk menghadiri majlis hari jadi nenek kawan saya Vivi Levon juga merupakan jiran seiman saya di KKD SALIB KUDUS.
Pada mulanya saya tidak bercadang untuk datang kerana saya kesibukan keesokannya untuk mempersiapkan keceriaan di Kilang Pulp Mill sempena kedatangan Managing Director Bilt. Namun setelah berfikir sekian lama akhirnya saya pergi juga ke Papar hehe.
Kedatangan saya tepat jam 10.30 pg di depan chapel St. Anne papar. Sampai ja di pintu chapel kelihatan umat sudah pun memenuhi segenap tempat duduk dalam chapel. Saya cuba mencari tempat akhirnya saya menetapkan diri untuk duduk saja di kerusi koir yang dipimpin oleh belia Papar.
Pertama saya duduk saya disambut dengan senyuman oleh seorang belia. Pada mulanya saya tidak mengenali nama dia akhirnya selepas misa saya memberanikan diri untuk berkenalan dan berkongsi pengalaman mengenai budaya rohani belia di paroki masing-masing. sekali sekala saya selitkan dengan cerita-cerita lalu di Matrikulasi Labuan memandangkan kawan saya ini merupakan pelajar kolej Matrikulasi Labuan. Nama kawan saya ini ialah Celson Leesoon haha mcm nama korea jak..
Selepas jak missa kami terus ke rumah nenek vivi iaitu Madam Margareta Kimian Tuoh. Pertama sekali saya kagum dengan ikatan kekeluargaan yang sungguh erat dalam family ini. Ramai sanak saudara yang datang dari jauh maupun dekat. Acara dimulakan dengan jamuan makan, acara potong kek dan diikuti sesi bergambar bersama nenek vivi.
Masa saya di sana banyak dihabiskan untuk bercerita dengan kenalan baru. Saya sempat juga berkenalan dengan belia yang lain seperti Mei Ling sumandak papar mix sarikei sarawak, Clara Hanson Fedelis sumandak Tamparuli Papar dan Christa Dora Martin.
Saya akui saya rindukan suasana meriah dan syok begini, sempat juga saya menikmati minuman yang sememangnya diminum ketika aramiti hehe : P sampaikan saya mabuk sedikit namun jam 5 saya meminta diri dan pulang ke Sipitang dengan selamatnya...Syukur hehehe...