Jumat, 12 Juli 2019

Our First Anniversary

Throwback our anniversary Shallome, Tahun lalu agak indah kerana ulangtahun perkahwinan saya dan Marcika disambut dengan hadiah yang bermakna dari Yang Maha Esa iaitu seorang baby comel bernama Megregor Morales hihi.. so kiranya sambutan kali ini kami telah menyambutnya secara bertiga...., sambutan ulang tahun perkahwinan kami simple saja, saya lebih suka menyambutnya secara peribadi sesama kami kerana lebih mudah, dan simple saja memandangkan juga saya tidak mempunyai masa yang banyak untuk bersantai disebabkan kerja printing yang banyak. Kek ini kami beli di Mr Bread,Sipitang. Komen saya mengenai kek ini memang sedang dan saya mengalakkan anda membeli kek di sana kerana ianya sedap walaupun harga agak mahal berbanding dengan kedai kek yang lain. Tidak banyak perkara yang ingin share, cukuplah gambar yang saya kongsikan ini sebagai bukti cinta kasih kami. Semoga hubungan ini dilindungi yang maha ESA. Thanks Lord for everything. love you Marcika






Jumat, 05 Juli 2019

Throwback my Birthday

16 June my birthday, just throwback my memories.. my first time calebrate with son and wife, before only me and wife..now got three hihihi.. what a love memories.. i love it so much










Senin, 01 Juli 2019

MY FORRO FIRST SERVICE

Shallome,
Tak terasa dah 10000 km LEBIH Ford Ranger saya merentasi jalan sabah, kali terakhir perjalan jauh pada hari raya yang lalu ke Kuching bercuti bersama keluarga tersayang. Untuk service pertama saya memilih untuk hantar service ke tempat saya membeli kereta ini di FF Automobile, Kota Kinabalu.

first impression saya mengenai service disini, sesak, dan bising, tetapi layanan dikaunter agak baik dan terdapat sebuah bilik khas untuk pelanggan menunggu masa kereta sedang diselanggara.

Memandangkan jadual service yang agak penuh, saya, isteri dan anak menunggu agak lama untuk kereta selesai diselenggara. Jika anda memilih untuk service ford ke sini jangan anda terkejut jika service yang ditawarkan agak mahal dari pusat service yang lain.

Secara keseluruhan kos service adalah sebanyak RM500 agak mahal tapi mungkin berbaloi kerana pihak FORD sana memeriksa semua bahagian enjin kereta.

Di pusat service saya agak terhibur sekejap, kerana ada sekumpulan kucing kampung yang jinak tapi mesra lensa. Sempat juga saya mengambil gambar kucing tersebut.

Dihujung masa, sebelum siap penyelenggaraan kereta saya sempat berbual dengan pengurus syarikat FF Automobile. Layanan agak mesta dan penuh cerita. Secara keseluruhan saya berpuas hati dan semoga pekhidmatan baik seperti ini terus dikekalkan untuk rekod yang baik dan saya menggalakkan rakan-rakan yang lain jika ingin menghantar kereta FORD untuk penyelenggaraan untuk ke pusat service kereta ini . Sekian buat masa ini jumpa lagi 








BECOME A PERFECT BLOG....SEGALANYA ADA DI SINI