Senin, 11 April 2022

Octa Fx broker terbaik

 shallome, 

Agak lama tidak update blog, disebabkan kerjaya harian yang terlalu sibuk hinggakan blogger ini sudah tidak menjadi tumpuan kehidupan ku, sebenarnya bukan tak mahu mebuat coretan harian disini tetapi keadaan di rumah sewa yang tidak mempunyai jaringan internet yang kuat menyebabkan aku tidak bisa untuk melakukan kerja kerja menulis di alam maya ini. 

Pada kali ini tidak ada yang istimewa sangat ingin ku coretkan, cuma aku ingin berkongsi pengalaman aku bermain trading forex, aku menggunakan beberapa broker dan salah satu broker yang aku sangat minati adalah broker octa fx, broker ini sangat senang digunakan kerana mempunyai paparan depan yang senang dan mudah dipahami tak kira apa level trader. 

Aku memulai dunia trading sejak bulan Febuari 2020, namun sekarang niat aku untuk bermain forex terpaksa aku lupakan seketika kerana tablet yang aku sering gunakan telah rosak dan aku tak dapat nak akses akaun forex. 

Dalam kata lain aku bercadang untuk hentikan seketika bermain forex sehingga aku membeli tablet yang baru.

Gambar dibawah adalah contoh baju yang aku perolehi dari octa fx di mana setiap point yang terkumpul layak untuk ditebus dengan hadiah yang telah disediakan oleh pihak broker. Tidak semua broker menyediakan perkhidmatan seperti ini, disebabkan itulah aku lebih menyukai octa fx berbanding broker broker yang lain. 

Akhir kata sampai di sini saja coretan aku kali ini , untuk nasihat kepada pemula forex bukan lah perlaburan yang semudah dijangka ianya memerlukan latihan dan pembelajaran yang cukup dan tidak semua orang berjaya dalam dunia trading hanya segelintir sahaja. Saya pun masih mengalami kerugian dalam trading tapi saya tidak mahu usaha pembelajaran saya terhenti di sini sahaja, saya pasti akan kembali lagi nanti.


sekian...😀😀😀😀😀








Jumat, 08 Mei 2020

Melawat nenek buat pertama kali membawa Avriella jumpa nenek

Shalom my friend

Hari ini hari sabtu kira tak mau kerja, tapi banyak pulak mau diurus makanya hari ini saya pilih untuk bekerja sahaja memandangkan tak de juga mau dibuat diEcopark tu hahaha..

so macam biasalah pagi pagi aku awal dah naik bas padahal jam 8 baru masuk kerja. Maka kesempatan dua jam ini aku gunakan untuk mencoretkan blog ini,

ingin ku sisipkan disini kerinduan aku untuk melawat nenek sebelah bapa, kerana aku tau nenek semakin hari semakin uzur, dan sangat susah untuk bergerak. Sedih melihat keadaan ini apa lagi musim korona ini aku tak bisa balik ke kampung untuk melawat isteri dan anak.

Ini adalah gambar kenangan aku isteri megregor avriella dan bapa mama anak buah melawat nenek....

Sebelum berangkat ke Kampung Tanam dari Kampung Sungai Ud

Si Nanak kebaruan naik belakang Ford hahaha

Jambatan titi dari Jalan raya ke rumah nenek 

Megregor ketiduran

Macam tajau saja tu 

Buah Epal hihihihi

Nenas Sarawak Kampung Tanam merupakan salah satu pengeluar Nenas Sarawak terbesar

My nenek di belakang 


My wife try baju kebaya , baju ini adalah baju Kakak bapa masa muda muda dulu kain nya masih utuh dan cantik 

Agaknya kalau nak dibuat balik baju macam ni agak mahal harganya sekarang

Senin, 27 April 2020

Megregor Morales Birthday picture

Shallome,

hatiku rindu pada tempat kerja lama ku memang bukan kepalang, sentiasa terbayang aku bangun pagi isteri ku ada disebelah dengan si Nanak tidur dibuaian atau ayunan, dengan salakan si tokok sebelah subuhnya..

namun semua ini sudah tidak ada lagi, seperti kukatakan pada masa lalu, kehidupan ku bakal berubah 360 darjah dari kehidupan asal, aku Sekarang sudah jauh dari Sipitang Sabah, aku sudah bekerja di sebuah syarikat yang sangat menekankan komitment kerja yang tinggi, dan aku sangat terisolated dari bandar Bintulu, apa lagi dalam keadaan printah kawalan pergerakan terhad sekarang sangat sangat menekan kan kehidupan aku...

oleh itu aku rindu sangat kehidupan lalu, walaupun ku tau kehidupan lalu perit tapi perit yang membahagiakan kerana aku senantiasa di sisi isteri tercinta dan anak. Jika dulu aku bisa berjaga sampai jam 1 pagi kadang kadang jam 3 pagi demi menyiapkan tempahan baju dan cuci gambar tapi tidak sekarang, aku tak bisa melakukannya lagi. Dunia sudah berubah hanya gambar mampu menjadi tatapan ku di masa akan datang bahawa aku pernah melalui saat yang sangat manis bersama isteri. Moga aku bisa kembali membawa isteri tinggal bersama cuma aku harus bersedia dengan kos yang lebih, kehidupan di sini sewa rumahnya bukan alang alang. bukan percuma seperti di Sfi...

apapun semoga Sfi beroperasi kembali..

ku tatapkan gambar anak ku di hari jadi nya setahun.. Megregor Morales.







Avriella Grose one month

Shallome, hai hai hai sudah lama tidak ku membuat coretan bisu ini hahaha jiwangnya, actually today is 28.04.2020 tak lama lagi baby kedua ku akan berusia 5 bulan, si itat atau Avriella Grose. SO SINCE aku skrg di office menunggu masa jam lapan, aku buatlah coretan ini sebab aku boring hihihi tak tau apa nak buat sebab jam baru 0653hrs that mean i got one hours free time before start work. Actually kan setiap hari aku kena bangun awal untuk pergi ke kerja, al maklumlah sekarang musim corona virus pendemic, so Pihak Press Metal Bintulu telah memutuskan untuk tidak membenarkan kami untuk menggunakan kenderaan sendiri. Disebabkan saya ni jenis tidak suka lambat ke kerja, dan bersesak dengan pekerja bas normal shift maka saya prefer guna shift bas dimana bas syarikat first trip ke Pmb dari ecopark apartment kami tinggal. so, since ada kelapangan aku upload gambar baby ku yang comel di sini ...tada!!!











Jumat, 12 Juli 2019

Our First Anniversary

Throwback our anniversary Shallome, Tahun lalu agak indah kerana ulangtahun perkahwinan saya dan Marcika disambut dengan hadiah yang bermakna dari Yang Maha Esa iaitu seorang baby comel bernama Megregor Morales hihi.. so kiranya sambutan kali ini kami telah menyambutnya secara bertiga...., sambutan ulang tahun perkahwinan kami simple saja, saya lebih suka menyambutnya secara peribadi sesama kami kerana lebih mudah, dan simple saja memandangkan juga saya tidak mempunyai masa yang banyak untuk bersantai disebabkan kerja printing yang banyak. Kek ini kami beli di Mr Bread,Sipitang. Komen saya mengenai kek ini memang sedang dan saya mengalakkan anda membeli kek di sana kerana ianya sedap walaupun harga agak mahal berbanding dengan kedai kek yang lain. Tidak banyak perkara yang ingin share, cukuplah gambar yang saya kongsikan ini sebagai bukti cinta kasih kami. Semoga hubungan ini dilindungi yang maha ESA. Thanks Lord for everything. love you Marcika






Jumat, 05 Juli 2019

Throwback my Birthday

16 June my birthday, just throwback my memories.. my first time calebrate with son and wife, before only me and wife..now got three hihihi.. what a love memories.. i love it so much










Senin, 01 Juli 2019

MY FORRO FIRST SERVICE

Shallome,
Tak terasa dah 10000 km LEBIH Ford Ranger saya merentasi jalan sabah, kali terakhir perjalan jauh pada hari raya yang lalu ke Kuching bercuti bersama keluarga tersayang. Untuk service pertama saya memilih untuk hantar service ke tempat saya membeli kereta ini di FF Automobile, Kota Kinabalu.

first impression saya mengenai service disini, sesak, dan bising, tetapi layanan dikaunter agak baik dan terdapat sebuah bilik khas untuk pelanggan menunggu masa kereta sedang diselanggara.

Memandangkan jadual service yang agak penuh, saya, isteri dan anak menunggu agak lama untuk kereta selesai diselenggara. Jika anda memilih untuk service ford ke sini jangan anda terkejut jika service yang ditawarkan agak mahal dari pusat service yang lain.

Secara keseluruhan kos service adalah sebanyak RM500 agak mahal tapi mungkin berbaloi kerana pihak FORD sana memeriksa semua bahagian enjin kereta.

Di pusat service saya agak terhibur sekejap, kerana ada sekumpulan kucing kampung yang jinak tapi mesra lensa. Sempat juga saya mengambil gambar kucing tersebut.

Dihujung masa, sebelum siap penyelenggaraan kereta saya sempat berbual dengan pengurus syarikat FF Automobile. Layanan agak mesta dan penuh cerita. Secara keseluruhan saya berpuas hati dan semoga pekhidmatan baik seperti ini terus dikekalkan untuk rekod yang baik dan saya menggalakkan rakan-rakan yang lain jika ingin menghantar kereta FORD untuk penyelenggaraan untuk ke pusat service kereta ini . Sekian buat masa ini jumpa lagi 








BECOME A PERFECT BLOG....SEGALANYA ADA DI SINI