shallome,
Agak lama tidak update blog, disebabkan kerjaya harian yang terlalu sibuk hinggakan blogger ini sudah tidak menjadi tumpuan kehidupan ku, sebenarnya bukan tak mahu mebuat coretan harian disini tetapi keadaan di rumah sewa yang tidak mempunyai jaringan internet yang kuat menyebabkan aku tidak bisa untuk melakukan kerja kerja menulis di alam maya ini.
Pada kali ini tidak ada yang istimewa sangat ingin ku coretkan, cuma aku ingin berkongsi pengalaman aku bermain trading forex, aku menggunakan beberapa broker dan salah satu broker yang aku sangat minati adalah broker octa fx, broker ini sangat senang digunakan kerana mempunyai paparan depan yang senang dan mudah dipahami tak kira apa level trader.
Aku memulai dunia trading sejak bulan Febuari 2020, namun sekarang niat aku untuk bermain forex terpaksa aku lupakan seketika kerana tablet yang aku sering gunakan telah rosak dan aku tak dapat nak akses akaun forex.
Dalam kata lain aku bercadang untuk hentikan seketika bermain forex sehingga aku membeli tablet yang baru.
Gambar dibawah adalah contoh baju yang aku perolehi dari octa fx di mana setiap point yang terkumpul layak untuk ditebus dengan hadiah yang telah disediakan oleh pihak broker. Tidak semua broker menyediakan perkhidmatan seperti ini, disebabkan itulah aku lebih menyukai octa fx berbanding broker broker yang lain.
Akhir kata sampai di sini saja coretan aku kali ini , untuk nasihat kepada pemula forex bukan lah perlaburan yang semudah dijangka ianya memerlukan latihan dan pembelajaran yang cukup dan tidak semua orang berjaya dalam dunia trading hanya segelintir sahaja. Saya pun masih mengalami kerugian dalam trading tapi saya tidak mahu usaha pembelajaran saya terhenti di sini sahaja, saya pasti akan kembali lagi nanti.
sekian...๐๐๐๐๐
Tidak ada komentar:
Posting Komentar