Senin, 24 Januari 2011

Aku yang sesat di Jalan Lintas ^_^








suatu pagi yang indah di Lok Kawi


shallom teman-teman,

Agak lama saya tidak menambah coretan di ruangan 'my colourfull life' ini. Disebabkan kesibukan kerjaya duniawi memaksa saya melupakan seketika blog saya yang tercinta ini hehehe...tambahan pula keadaan jaringan stemix yang kurang memuaskan di Sipitang menyebabkan saya terpaksa bersabar hehehe.

Kali ini saya cuba berkongsi detik pengalaman saya memandu untuk pertama kali rasanya ke jalan Luyang melalui jalan Lintas. Seperti biasa perjalan saya bermula pagi sekitar jam 8. Perjalana saya kali ini bukan lah sekadar makan angin orang bilang tapi sudah tiba untuk membayar hari jadi 'Baby Orange' saya hehe insuran keretalah hehe.

Perjalan kali ini agak simple sahaja. Saya cuma berhenti sekejap di kawasan rehat Lok Kawi untuk melepaskan apa yang patut dilepas hehe. Selepas itu saya meneruskan perjalana ke Jalan Lintas. Sebenarnya saya pun tidak berapa arif di mana Jalan Luyang sebenarnya. Saya terpaksa ke sana kerana di sanalah saya membuat loan kereta saya ini. Setelah di tengah perjalanan nama jalan Luyang tidak pun masih kelihatan. Saya berasa susah hati juga kerana kalau-kalau saya terlimpas simpang jalan Luyang. Setelah sekian lama saya sudah rasakan saya tersesat di tengah kesesakan jalan raya. Sedang saya cuba mencari jalan yang saya maksudkan tiba-tiba saya ternampak orang berkerumun saya agak memang eksiden. Setelah beberapa detik kelihatan myvi silver remuk di bahagian bonet sungguh menakutkan dalam keadaan sesak pun eksiden boleh berlaku. Saya meneruskan perjalanan sampai saya ternampak papan tanda kedai inanam nama dia. Adui sah saya terlimpas dan tersesat dan akhirnya saya memutuskan untuk membuat u-turn. Hanya satu sahaja kunci untuk mencari jalan tersebut sebelah nya ada padang golf yang sedihnya padang golf pun tidak kelihatan di siring jalan. Saya memandu dengan perlahan dan berhati- hati sehingga ke suatu simpang 4 saya ternampak padang golf di celah-celah rimbunan pokok. Saya terus masuk ke sebelah kanan dan akhirnya jalan yang saya temui berjaya. Rupanya jalan yang dimaksudkan adalah jalan FOH SANG dan jalan Luyang masuk kanan setelah melalui jalan FOH SANG. Itulah pengalaman yang saya lalui namun bagi saya suatu pelajaran yang bermakna supaya saya tidak akan silap lagi untuk pada masa akan datang hehe..




yeah, mau sampai suda...hehe


Perhentian Rehat Lok Kawi, Kota Kinablu

aku yang sesat huuhuhu...




Jalan Lintas yang sesak dengan kenderaan ^_^

cousin kepada Baby Orange yang ditimpa kemalangan.. ^_^


Sekian coretan kali ini

^_^ mackenzie permisi hehe

Tidak ada komentar:

BECOME A PERFECT BLOG....SEGALANYA ADA DI SINI