Sabtu, 28 November 2015

I miss my late cat

IBU KUCING KESAYANGAN KU
 

Shallome, 
Jam sekarang menunjukkan 0112 am, saya bekerja dalam C shift pada saat ini. Sungguh sunyi sekali office 610 Diwaktu malam, jika tidak kuat iman jangan cuba-cuba buat kerja seorang diri hehehe...macam biasa lah kalau kawasan yang sudah berpuluh tahun memang ada penungggunya . Namun semua itu saya terpaksa hadapi ketika bekerja diwaktu malam dimana apabila C Shift saya akan pergi ke office untuk melengkapkan downtime report yang setiap hari saya perlu buat. Tengah kepenatan membuat kerja terdetik untuk saya melepaskan kepenatan untuk melihat gambar-gambar lama. Ternampaklah ni nah gambar kucing saya. 


Walaupun muka saya nampak legend tetapi jiwa saya lembut hahaha, sebenarnya saya merupakan seorang lelaki yang amat meminati kucing, tak kira lah apa jenis kucing, tetapi buat masa ini saya tidak pernah pulak memelihara kucing yang mahal seperi kucing parsi. Kucing yang saya pelihara kampung-kampungan jak. Tetapi kucing yang saya pelihara dalam foto ini unik ada 3 warna dan yang berbulu warna kuning itu plak si anaknya. Malangnya kucing ini telah meninggal disebabkan dilanggar oleh sendiri oleh Housemate baru saya yang baru berpindah akhir ujung tahun lalu. Saya kecewa juga kerana dia tidak berhati-hati ketika mengundurkan kereta dan terlanggarlah ibu kucing yang comel ini. Sedih juga kerana sekian lama saya memelihara kucing ini tiba-tiba dia pergi meninggalkan saya. Itu lah teman saya ketika di rumah. Family pun sana jauh di Sarawak. 


Setelah ibu kucing kesayangan saya ini meninggal dunia, tinggalah anak jantannya seorang diri, yang bewarna kuning ini. Kini walaupun kucing kuning ini masih hidup tapi dia tidak sudah tinggal dirumah saya, entah kenapa seolah dia memahami akan pemergian ibunya. Teringat kalau masa Si Kuning ini masih kecil, ia akan mengekori kemana ibu nya pergi. Sekarang kucing ini telah dewasa dan dia telah membawa haluan nya sendiri, namun kadang-kadang ketika bersantai dibelakang rumah saya ternampak juga kucing ini berjalan-jalan mencari makanan di rumah jiran sebelah. Saya cuba memanggil namun dia tidak begitu memperdulikannya. 

Kini saya telah mempunyai kucing baru, mungkin saya percaya Si Kuning tidak mahu tinggal di rumah saya kerana Ia tidak berasa selesa dengan kehadiran kucing asing. Apapun begitulah kisahnya Cerita kucing saya ini......terima kasih kerana sudi membaca hehehe...cintai lah Kucing anda, kerana kucing merupakan binatang yang manja pada tuannya.


Jumat, 27 November 2015

MYBIE T-SHIRT ONLINE

Shallome kawan-kawan,

Apa khabar, lamanya saya tidak menulis di blog peribadi saya ini, keadaan semakin berubah tidak seperti dahalu, masa itu sangat-sangat terhad, setiap saat sepertinya sangat bermakna apabila kerjaya mula mendambakan komitment dalam diri. Walau apapun, saya ingin bergiat aktif kembali dalam ruangan blog ini kerana saya rasa disinilah sebenarnya tempat saya meluahkan segala apa yang terfikir dalam akal fikiran.

Oh ya mungkin anda tertanya dimanakan sudah saya sekarang. Saya masih lagi bekerja di Sabah Forest Industries SDN BHD, keadaan di sini setelah saya berada 7 Tahun di Sipitang, sangat jauh sekali perubahannya baik yang positive mau pun negative. Yang positifnya di Sipitang sekarang telah pun ada Samur, dan ada banyak pembangunan baru. Yang negatifnya keadaan kilang tempat saya bekerja sendiri, mungkin disebabkan financial crisis telah memberi tamparan hebat kepada pihak SFI Management untuk menangasi masalah kewangan yang semakin teruk ini. Maka dengan itu terniat dihati saya untuk mencari pendapatan tambahan, sikit pun jadi bagi saya disamping dapat mencungkil bakat yang terpendam.

Bakat yang saya maksudkan adalah minat yang mendalam saya terhadap seni reka baju T-shirt. Saya sangat mencintai rekaan pada baju T-shirt. Buat permulaan saya masih lagi berjinak-jinak dengan photoshop cs5. Walaupun masi baru, itu tidak menghalang saya untuk mencuba satu dunia perniagaan baru iaitu perniagaan online menerusi Facebook. Untuk mengetengahkan bakat saya, saya telah mendaftar dalam Teeyot.com dimana melalui laman ini saya dapat menghantar design baju saya kepada pihak teeyot dan dijual. Sekiranya pre-order yang dibuat oleh pelanggan melebihi sasaran minimum maka baju tersebut akan dicetak. Tetapi setakat ini saya belum mendapat sambutan yang menggalakan dari pengunjung facebook. Saya percaya memang hakikatnya sebagai orang baru dalam dunia perniagaan online, cabaran nya bukan mudah apalagi saya terpaksa bersaing dengan otai-otai yang telah pun bergelar jutawan intenet dan di media sosial.

Disini saya paparkan rekaan saya yang agak simple tetapi saya percaya agak menarik jika berjaya dicetak .

CLICK HERE TO VIEW

CLICK HERE TO VIEW

http://www.teeyoot.com/UMS2015

http://www.teeyoot.com/UMS2015

http://www.teeyoot.com/SAVIOR

http://www.teeyoot.com/SAVIOR

http://www.teeyoot.com/SAVIOR

http://www.teeyoot.com/SANDIWARACINTAEDISITERHAD

http://www.teeyoot.com/SANDIWARACINTAEDISITERHAD



http://www.teeyoot.com/NURSEENGINEER



Sabtu, 21 Februari 2015

MINUM-MINUM BERSAMA MR OLIVER M G


Shallome,

Hai hai hai , sudah lama saya tidak menulis di blog, apa khabar saudari saudari  semoga kehidupan anda bertambah ceria dan dipermudahkan selalu, hai....beginilah kehidupan sebagai seorang perantau, jauh dari keluarga, tekanan kerja juga sentiasa menusuk otak dan jiwa walaubagaimanapun kehidupan harus diteruskan, baru baru ini pada tanggal 19 January 2015 MR OLIVER sahabat lama yang tinggal serumah di SFI datang ke rumah melawat saya, so dia belanja ler apa lagi hahaha, sekarang kalau dilihat dia jauh lebih gemuk dan seperti kurang bebanan kerja sejak dia berpindah ke SAMUR,. Apapun sempat juga sa ambik beberapa keping foto hehehe, turut serta geng geng karas.. Tubu, Boyd, dan Bicon. Rindu saat begini kalau dulu boleh dikatakan selalu jak tapi sekarang kehidupan jauh lebih berubah, apapun perjuangan harus diteruskan di SFI yang indah ini, selagi aku termampu




















































BECOME A PERFECT BLOG....SEGALANYA ADA DI SINI