Shallome kawan-kawan,
Apa khabar, lamanya saya tidak menulis di blog peribadi saya ini, keadaan semakin berubah tidak seperti dahalu, masa itu sangat-sangat terhad, setiap saat sepertinya sangat bermakna apabila kerjaya mula mendambakan komitment dalam diri. Walau apapun, saya ingin bergiat aktif kembali dalam ruangan blog ini kerana saya rasa disinilah sebenarnya tempat saya meluahkan segala apa yang terfikir dalam akal fikiran.
Oh ya mungkin anda tertanya dimanakan sudah saya sekarang. Saya masih lagi bekerja di Sabah Forest Industries SDN BHD, keadaan di sini setelah saya berada 7 Tahun di Sipitang, sangat jauh sekali perubahannya baik yang positive mau pun negative. Yang positifnya di Sipitang sekarang telah pun ada Samur, dan ada banyak pembangunan baru. Yang negatifnya keadaan kilang tempat saya bekerja sendiri, mungkin disebabkan financial crisis telah memberi tamparan hebat kepada pihak SFI Management untuk menangasi masalah kewangan yang semakin teruk ini. Maka dengan itu terniat dihati saya untuk mencari pendapatan tambahan, sikit pun jadi bagi saya disamping dapat mencungkil bakat yang terpendam.
Bakat yang saya maksudkan adalah minat yang mendalam saya terhadap seni reka baju T-shirt. Saya sangat mencintai rekaan pada baju T-shirt. Buat permulaan saya masih lagi berjinak-jinak dengan photoshop cs5. Walaupun masi baru, itu tidak menghalang saya untuk mencuba satu dunia perniagaan baru iaitu perniagaan online menerusi Facebook. Untuk mengetengahkan bakat saya, saya telah mendaftar dalam Teeyot.com dimana melalui laman ini saya dapat menghantar design baju saya kepada pihak teeyot dan dijual. Sekiranya pre-order yang dibuat oleh pelanggan melebihi sasaran minimum maka baju tersebut akan dicetak. Tetapi setakat ini saya belum mendapat sambutan yang menggalakan dari pengunjung facebook. Saya percaya memang hakikatnya sebagai orang baru dalam dunia perniagaan online, cabaran nya bukan mudah apalagi saya terpaksa bersaing dengan otai-otai yang telah pun bergelar jutawan intenet dan di media sosial.
Disini saya paparkan rekaan saya yang agak simple tetapi saya percaya agak menarik jika berjaya dicetak .

Tidak ada komentar:
Posting Komentar