![]() |
IBU KUCING KESAYANGAN KU |
Shallome,
Jam sekarang menunjukkan 0112 am, saya bekerja dalam C shift pada saat ini. Sungguh sunyi sekali office 610 Diwaktu malam, jika tidak kuat iman jangan cuba-cuba buat kerja seorang diri hehehe...macam biasa lah kalau kawasan yang sudah berpuluh tahun memang ada penungggunya . Namun semua itu saya terpaksa hadapi ketika bekerja diwaktu malam dimana apabila C Shift saya akan pergi ke office untuk melengkapkan downtime report yang setiap hari saya perlu buat. Tengah kepenatan membuat kerja terdetik untuk saya melepaskan kepenatan untuk melihat gambar-gambar lama. Ternampaklah ni nah gambar kucing saya.
Walaupun muka saya nampak legend tetapi jiwa saya lembut hahaha, sebenarnya saya merupakan seorang lelaki yang amat meminati kucing, tak kira lah apa jenis kucing, tetapi buat masa ini saya tidak pernah pulak memelihara kucing yang mahal seperi kucing parsi. Kucing yang saya pelihara kampung-kampungan jak. Tetapi kucing yang saya pelihara dalam foto ini unik ada 3 warna dan yang berbulu warna kuning itu plak si anaknya. Malangnya kucing ini telah meninggal disebabkan dilanggar oleh sendiri oleh Housemate baru saya yang baru berpindah akhir ujung tahun lalu. Saya kecewa juga kerana dia tidak berhati-hati ketika mengundurkan kereta dan terlanggarlah ibu kucing yang comel ini. Sedih juga kerana sekian lama saya memelihara kucing ini tiba-tiba dia pergi meninggalkan saya. Itu lah teman saya ketika di rumah. Family pun sana jauh di Sarawak.
Setelah ibu kucing kesayangan saya ini meninggal dunia, tinggalah anak jantannya seorang diri, yang bewarna kuning ini. Kini walaupun kucing kuning ini masih hidup tapi dia tidak sudah tinggal dirumah saya, entah kenapa seolah dia memahami akan pemergian ibunya. Teringat kalau masa Si Kuning ini masih kecil, ia akan mengekori kemana ibu nya pergi. Sekarang kucing ini telah dewasa dan dia telah membawa haluan nya sendiri, namun kadang-kadang ketika bersantai dibelakang rumah saya ternampak juga kucing ini berjalan-jalan mencari makanan di rumah jiran sebelah. Saya cuba memanggil namun dia tidak begitu memperdulikannya.
Kini saya telah mempunyai kucing baru, mungkin saya percaya Si Kuning tidak mahu tinggal di rumah saya kerana Ia tidak berasa selesa dengan kehadiran kucing asing. Apapun begitulah kisahnya Cerita kucing saya ini......terima kasih kerana sudi membaca hehehe...cintai lah Kucing anda, kerana kucing merupakan binatang yang manja pada tuannya.